Sarawak buka semua sektor pelancongan dengan SOP ketat

Sarawak buka semua sektor pelancongan dengan SOP ketat. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUCHING: Sarawak membuka semula sektor pelancongan domestiknya bermula 1 Oktober dengan penetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pembukaan pelancongan domestik negeri itu diharap dapat menggerakkan semula industri pelancongan yang terjejas terus sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lepas. Sementara itu, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak supaya tidak menafikan pengeluaran permit kepada pelancong dari Semenanjung dan Sabah tanpa sebab yang mjunasabah. “Sama ada PDRM mahupun JPBN Sarawak perlu memberi kerjasama serta memudahkan kelulusan pengeluaran permit kepada mereka yang memohon untuk memasuki Sarawak untuk tujuan melancong,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan pembukaan pelancongan domestik Sarawak dan SOPs yang telah ditetapkan di sini hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri pelancongan, Sarawak, SOP ketat, Travel and tour operations
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 15 Oct 2021 23:43
Last Modified: 18 Oct 2021 01:15
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item