Pelancongan kesihatan potensi jana pendapatan RM520 juta

Pelancongan kesihatan potensi jana pendapatan RM520 juta. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) yakin perkembangan pemulihan negara ketika ini bakal memacu sektor pelancongan kesihatan menjana pendapatan lebih RM520 juta tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Daud Mohd Arif, berkata sasaran pendapatan tahunan itu bagaimanapun masih bergantung kepada beberapa faktor termasuk pembukaan sempadan, selain keadaan pasaran yang baik serta ketersediaan pasport vaksin. "Jika industri ini pulih pada kadar yang lebih perlahan, kami menyasarkan untuk menjana pendapatan kira-kira RM480 juta pada tahun 2021. Tetapi kami masih perlu menilai sasaran ini dari masa ke masa dengan memberi perhatian ke atas perubahan dalam persekitaran pasaran," katanya kepada BH. Industri pelancongan kesihatan Malaysia telah menyumbang lebih lapan peratus atau RM1.7 bilion daripada seluruh pendapatan sektor pelancongan negara yang bernilai RM7 bilion pada 2019.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri pelancongan, Pelancongan kesihatan, Health tourism
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 15 Oct 2021 23:43
Last Modified: 18 Oct 2021 01:09
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item