Pekan mati rindu pelancong. [Newspaper] (2021)
Abstract
Kuala Lumpur: "Tanpa kehadiran pelancongan Malaysia sejak hampir dua tahun lalu, industri pelancongan di selatan Thailand boleh dianggap 'mati'. Lokasi dahulunya meriah bertukar menjadi bandar atau pekan 'hantu'," ujar rakyat Malaysia, Abdul Halim Othman, 54. Menurutnya, ekonomi kebanyakan bandar di selatan Thailand yang bergantung kepada kedatangan pelancong dari Malaysia lumpuh susulan pandemik Covid-19 melanda rantau ini. Dia yang mengusahakan kedai barangan cenderamata Betong Road 410 di pekan Bentong, Thailand mengakui impak besar dirasai sektor pelancongan negara Gajah Putih itu selepas pintu sempadan ditutup sepenuhnya sejak Mac tahun lalu. "Dahulu ribuan rakyat Malaysia melintas sempadan dan membanjiri bandar di selatan Thailand setiap hujung minggu. Ada yang datang melalui rombongan diatur agensi pelancongan termasuk kehadiran puluhan konvoi motosikal dan pelancong backpackers dari Malaysia. "Paling merasai kesannya pengusaha hotel dan resort, restoran makanan Islam, peniaga berasaskan produk kraftangan pelancongan, pemandu teksi tuk-tuk (kenderaan beroda tiga), peniaga pakaian, pemilik bar dan karaoke selain pusat-pusat refleksologi," katanya.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Industri pelancongan, Pekan Mati, Shopping tourism, Tourism destinations |
Taxonomy: | By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management |
Local Content Hub: | Subjects > Hotel & Tourism Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 15 Oct 2021 23:43 |
Last Modified: | 18 Oct 2021 01:07 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |