Feminisme dalam pentadbiran awam (pengantar pentadbiran awam)

Feminisme dalam pentadbiran awam (pengantar pentadbiran awam). [Website] (Unpublished)



Abstract

Pentadbiran awam merupakan bidang terpenting dalam pengurusan kepentingan dan keperluan rakyat dalam sesebuah komuniti tidak kira di peringkat paling rendah iaitu kerajaan tempatan mahupun peringkat yang lebih tinggi seperti kerajaan kerajaan pusat. Fungsi badan pentadbiran awam ini amat penting dalam melicinkan pengurusan hal ehwal awam terutamanya aspek pendidikan, kesihatan, keselamatan dan kebersihan. Sebagai pentadbir, keutamaan pentadbir awam adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan dan menjalankan fungsi dalam hal-­hal eksekutif serta pelaksanaan dasar­-dasar awam. Perjalanan pengurusan sesebuah organisasi dalam pentadbiran awam merupakan satu proses pengurusan dengan
manusia yang memiliki emosi, sensitiviti kaum, ideologi dan hukum­hakam agama yang perlu dipelihara. Salah satu sensitiviti penting dalam pentadbiran awam ialah soal perbezaan jantina atau gender. Persoalan ini menjadi isu apabila liberalisasi dalam politik, ekonomi dan sosial
berlaku selain peningkatan gerakan­gerakan bersifat egalitarian serta suara­suara yang memperjuangkan hak­hak asasi manusia. Kelaziman untuk para lelaki berada dalam sesebuah organisasi pentadbiran dan pengurusan telah mula dipersoalkan kerana terdapat bukti­ kemunculan golongan wanita yang mampu untuk menjalankan peranan sebagai pentadbir, persoalan keadilan terhadap wanita dalam penyertaan secara langsung dalam urusan kenegaraan dan kewujudan gerakan-­gerakan yang lebih sistematik dalam mempersoalkan layanan terhadap kaum wanita.

Item Type: Website
Keywords: Feminisme, Pentadbiran Awam, Malaysia
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Fadhli Samsudin
Date Deposited: 31 Jan 2022 23:44
Last Modified: 03 Feb 2022 05:11
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item