Pengguna digital Malaysia tertinggi di Asia Tenggara

Pengguna digital Malaysia tertinggi di Asia Tenggara. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara dengan kadar pengguna digital tertinggi di rantau Asia Tenggara, apabila krisis COVID-19 mencetuskan lonjakan ketara dalam gaya hidup digital. Pengurus Negara Facebook bagi Malaysia, Nicole Tan, berkata Malaysia mendahului negara lain di rantau ini dengan 88 peratus atau 22 juta rakyatnya menjadi pengguna digital. Pada masa sama, beliau berkata, ekonomi digital di negara ini dijangka terus berkembang kerana transformasi digital kekal melangkaui tempoh pandemik. Malah, katanya berdasarkan perkembangan semasa, pengguna digital Malaysia dijangka kekal tinggi dan terus melonjak kepada 90 peratus menjelang akhir tahun ini. "Malaysia mempunyai nisbah pengguna digital tertinggi di Asia Tenggara, iaitu 88 peratus berbanding purata enam negara lain, iaitu 78 peratus, sekali gus menunjukkan penembusan runcit digital yang tinggi di pasaran.

Item Type: Newspaper
Keywords: Media sosial, e-dagang, e-dompet, Ekonomi digital, Electronic commerce
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Miss Nurmaisari binti Che Anuar (Kuala Terengganu)
Date Deposited: 31 Jan 2022 08:27
Last Modified: 31 Jan 2022 08:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item