Jangan terpedaya jenayah scammer

Jangan terpedaya jenayah scammer. [Newspaper] (2021)



Abstract

Masalah penipuan wang atau scammer bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya kegiatan jenayah itu telah berlarutan sejak sekian lama, seolah-olah tiada jalan penyelesaian walaupun modus operandi sama digunakan. Banyak amaran telah diberikan, berpuluh-puluh artikel mengenai scammer disiarkan di akhbar tetapi saban hari masih ramai juga yang ditipu. Lebih menghairankan, yang sering menjadi mangsa adalah golongan profesional dengan latar belakang pendidikan tinggi seperti doktor, jurutera, peguam, cikgu, pensyarah dan pegawai tinggi kerajaan. Sindiket penipuan dalam talian atau scammer ini bijak mempermainkan emosi untuk memanipulasi psikologi mangsa sehingga mereka ditipu 'hidup-hidup’. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan sudah menjadi fitrah buat seseorang itu yang mahukan teman hidup, kesenangan, wang dan kuasa. Sindiket pula bijak mencari ruang dan peluang mengeksploitasi kelemahan itu, lebih-lebih lagi dengan kemajuan teknologi maklumat khususnya internet dan penggunaan media sosial tanpa sempadan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Scammer, Jenayah Siber, Cyber forensic
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Nurmaisari binti Che Anuar (Kuala Terengganu)
Date Deposited: 31 Jan 2022 08:44
Last Modified: 31 Jan 2022 08:44
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item