Pengunaan media sosial untuk sokongan politik di Malaysia (the use of social media for political support in Malaysia)

Pengunaan media sosial untuk sokongan politik di Malaysia (the use of social media for political support in Malaysia). Journal of Nusantara Studies 2018, 3 (1). pp. 51-63. ISSN 0127-9386 (2018)



Abstract

Kemunculan media baharu hasil daripada perkembangan rangkaian internet telah menjadikan media tersebut sebagai agen demokrasi maklumat. Bertepatan dengan peralihan budaya politik semasa, masyarakat kini lebih selesa menggunakan media sosial sebagai sumber perolehan maklumat politik terkini. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti impak penggunaan media sosial terhadap politik di Malaysia serta menganalisis tahap penggunaan media sosial dalam menentukan pola sokongan rakyat ke atas parti politik dan calon politik di Malaysia. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dimana kaedah tinjauan (survey) jadi pilihan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebanyak 993 responden yang terdiri daripada lelaki (46.2%) dan perempuan (53.8%) telah dipilih secara random responden di negeri-negeri semenanjung Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Antara hasil kajian adalah hampir dua pertiga daripada responden menggunakan akhbar (65.5%), diikuti media sosial (63.5%) dan televisyen (59.5%) untuk mencari dan membaca maklumat berkaitan dengan politik semasa di Malaysia. Hasil Kajian juga menunjukkan responden bersetuju bahawa media sosial berperanan dan mempunyai kelebihan dalam menyalurkan maklumat politik (min=3.57) berbanding dengan media konvensional. Kajian ini mendapati responden menyatakan persetujuan secara sederhana tentang partisipasi politik melalui media sosial. Responden bersetuju bahawa media sosial membantu mempertingkatkan imej calon dan parti politik (min= 3.17) dengan mempamerkan aktiviti calon dalam memberi khidmat kepada rakyat (min=3.25). Ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa masyarakat pada hari ini sangat prihatin dengan apa yang dipaparkan di media sosial berkenaan perkara-perkara yang melibatkan politik semasa. Oleh itu, pemantauan terhadap maklumat politik yang dikongsikan di media sosial perlu dilakukan bagi memastikan maklumat tersebut bebas dari unsur hasutan yang boleh memecahbelahkan perpaduan.

Item Type: Article
Keywords: Penggunaan Media Sosial, Sokongan Politik, Malaysia, Parti politik, Partisipasi politik, Sosial politik
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Ismail Zanudin
Date Deposited: 31 Jan 2022 23:44
Last Modified: 03 Feb 2022 06:46
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item