Pengaruh kreativiti pada representasi visual propaganda berbahasa Melayu sewaktu pendudukan jepun di Malaysia

Pengaruh kreativiti pada representasi visual propaganda berbahasa Melayu sewaktu pendudukan jepun di Malaysia. Ideology, 2 (1). pp. 36-51. ISSN 2550-214X (2017)



Abstract

Pengaruh kreativiti sering dilihat daripada aspek proses, produk, individu dan persekitaran. Manusia dan kehidupan sekeliling sangat berkait rapat dalam menjana pembentukan kreativiti mini (Little-C) dan kreativiti unggul (Big-C). Penghasilan visual propaganda turut memerlukan kombinasi kognitif, estetika dan kreativiti. Era penaklukan Jepun ke atas Malaya pada tahun 1942-45 telah memperlihatkan kewujudan visual-visual propaganda dalam bahasa Melayu yang dicetuskan oleh pelukis-pelukis ilustrasi samada dimuatkan ke dalam majalah, foto, buku dan poster maupun akhbar. Visual atau imej dalam ilustrasi lazimnya memaparkan penggunaan simbol, tanda dan gambar serta taipografi dalam menyampaikan maklumat. Penulisan ini bertujuan mengupas pengaruh kreativiti ke atas penghasilan visual propaganda menerusi bahasa Melayu yang diterima oleh masyarakat di Malaya ketika era penaklukan Jepun. Contoh-contoh ilustrasi kreatif telah ditunjukkan bagi menyokong kenyataan bahawa pengaruh kreativiti tidak boleh dinafikan telah membantu pelukis-pelukis ilustrasi bagi menyampaikan mesej dan maklumat menggunakan bahasa Melayu dalam konteks propaganda demi menyokong pemerintahan Dai-Nippon di Malaya.

Item Type: Article
Keywords: Art, Kreativiti, Ilustrasi dan visual
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fundamental Art
By Subject > Art & Design > Illustrations
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 20 Jan 2021 07:03
Last Modified: 20 Jan 2021 07:07
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item