Terima kasih benarkan rentas negeri: MyBHA

Terima kasih benarkan rentas negeri: MyBHA. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) menyambut baik dan berterima kasih terhadap kerajaan yang akhirnya memberi kebenaran merentas negeri termasuk aktiviti pelancongan bermula esok. Timbalan Presiden MyBHA, Dr Sri Ganesh Michiel berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor pelancongan dan perhotelan bagaimananapun harus dikeluarkan dengan kadar segera bagi memastikan kelancaran serta pelaksanaan operasi kedua-duanya tanpa sebarang isu berbangkit. "Kami menyeru kepada pengusaha perhotelan untuk sentiasa memastikan SOP diikuti dengan ketat bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). "Di samping itu, bagi seluruh Keluarga Malaysia, kami juga ingin menyeru untuk sentiasa mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan tanpa cuba melanggar peraturan dikeluarkan oleh agensi berkaitan yang akan menyebabkan kedua-dua pihak diambil tindakan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau berkata, industri perhotelan masih berada didalam keadaan yang memerlukan bantuan bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan kebenaran merentas negeri hanya akan menyumbang sedikit peningkatan terhadap usaha pemulihan industri perhotelan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri perhotelan, Accommodation, Industri pelancongan, Tourism policy and planning
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Hotel Management
By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 17 Jan 2022 08:22
Last Modified: 17 Jan 2022 08:22
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item