Promosi pelancongan daerah buka semula ekonomi setempat. [Newspaper] (2021)
Abstract
SEJAK wabak Covid-19 dikesan dan tersebar di negara ini Februari tahun lalu, seluruh rantaian ekonomi sektor pelancong negara hampir lumpuh. Perhotelan dan agensi pelancongan antara industri paling terkesan dengan ‘kemunculannya’. Disebabkan pandemik itu juga, perjalanan udara merosot hampir 70 peratus ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat pada tahun lepas. Selepas itu, peratusan pelancong meningkat kembali dalam fasa PKP Pemulihan. Namun, PKP fasa kedua sekali lagi membawa berita buruk kepada seluruh industri pelancongan negara. Dalam keadaan yang tidak menentu ini, sukar untuk ‘memetakan’ strategi tepat bagi memulihkan situasi pelancongan negara. Setidak-tidaknya kaedah yang dilaksanakan kerajaan pada masa kini banyak membantu rakyat Malaysia kelompok B40 yang terjejas teruk akibat pandemik.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Industri perhotelan, Domestic tourism, Rentas negeri, Tourism impacts and planning, Tourism crisis |
Taxonomy: | By Subject > Hotel & Tourism Management > Hotel Management By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management |
Local Content Hub: | Subjects > Hotel & Tourism Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 17 Jan 2022 06:00 |
Last Modified: | 17 Jan 2022 06:00 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |