Pentaksiran PISA: di mana kedudukan Malaysia untuk literasi matematik dalam kalangan negara Asia Tenggara? Majalah Sains. ISSN 2682-8456 (2020)
Abstract
terma literasi dalam matematik bertujuan untuk menentukan keupayaan seseorang menggunakan kemahiran dan pengetahuan matematik dalam kehidupan sebenar selain menguasainya dalam kurikulum sekolah. Dalam definisi PISA, untuk “terlibat” dalam matematik bukan sahaja merangkumi fizikal dan sosial (seperti boleh mengira berapa wang yang perlu dibayar semasa membeli barang) tetapi mampu berfikir atau memberi pendapat secara kritis (seperti memberi pendapat mengenai perancangan kewangan kerajaaan). Literasi Matematik juga menekankan kepelbagaian keupayaan menyelesaikan masalah matematik dalam pelbagai konteks. Untuk tujuan ini, ia juga bergantung kepada ciri-ciri peribadi seseorang, iaitu mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan mempunyai keyakinan diri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Literasi Matematik, Asia Tenggara, Programme for International Student Assessment, Ranking |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Mathematics |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Atirah Ruslan |
Date Deposited: | 31 Jan 2022 23:49 |
Last Modified: | 03 Feb 2022 09:04 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |