5,000 pekerja agensi pelancongan terkesan terima bantuan one-off

5,000 pekerja agensi pelancongan terkesan terima bantuan one-off. [Newspaper] (2021)



Abstract

PUTRAJAYA: Kerajaan menyalurkan bantuan one-off berjumlah RM2.5 juta kepada 5,000 pekerja agensi pelancongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary berkata, menerusi bantuan ini, sebanyak RM500.00 one-off yang akan disalurkan kepada 5,000 orang pekerja agensi pelancongan yang menetap di Wilayah Persekutuan. “Pandemik Covid-19 memberi tamparan hebat kepada persekitaran ekonomi dunia, ia turut mempengaruhi salah satu pendapatan ekonomi global iaitu industri pelancongan. Menurutnya, kebanyakan negara telah menguatkuasakan sekatan perjalanan bagi mengekang penyebaran wabak yang mengakibatkan perjalanan ke seluruh dunia ditutup sepenuhnya. “Hal ini telah mengakibatkan kehilangan punca pendapatan ekoran aktiviti perniagaan yang tidak boleh dijalankan serta pembatalan tempahan produk pelancongan. Ini memberi kesan kepada pekerja agensi pelancongan sehingga ada di antara mereka ditamatkan perkhidmatan bagi mengurangkan kos operasi syarikat,” katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri pelancongan, Bantuan one-off, Pekerja industri, Tourism impacts and planning
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 17 Jan 2022 09:10
Last Modified: 17 Jan 2022 09:10
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item