Ekosistem pintar. [Newspaper] (2021)
Abstract
Ekosistem yang ditawarkan oleh sesebuah peranti atau jenama sebenarnya banyak mempengaruhi keputusan pengguna untuk membeli atau tidak. Mungkin beberapa tahun lalu ekosistem yang ditawarkan tidak begitu penting, namun dengan kemajuan sistem storan awanan (clouds) dan kepelbagaian tugasan rentas peranti amat memudahkan pengguna. Jika menyentuh aspek bahasa atau definisi ekosistem secara umumnya, ekosistem adalah sistem lingkungan hidup semula jadi yang terbentuk sebagai hasil daripada tindakan yang menyaling antara benda hidup dengan persekitarannya dan jika dilihat secara imbasan, ekosistem terpakai kepada benda hidup saja atau 'living things'. Namun, kemajuan teknologi hari ini turut menuntut kepada keperluan ekosistem alaf baharu apabila setiap peranti berinteraksi dengan peranti lain tanpa memerlukan pengguna melakukan tugasan konvensional seperti 'copy and paste', sebaliknya semua tersimpan dalam satu ekosistem pintar saja.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Sistem storan awanan (clouds), Penyeragaman data |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Nurmaisari binti Che Anuar (Kuala Terengganu) |
Date Deposited: | 31 Jan 2022 23:30 |
Last Modified: | 31 Jan 2022 23:30 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |