Aktiviti sukan lasak Via Ferrata Kota Gelanggi ‘pulih’

Aktiviti sukan lasak Via Ferrata Kota Gelanggi ‘pulih’. [Newspaper] (2021)



Abstract

JERANTUT: Kebenaran rentas negeri disusuli pembukaan pusat rekreasi dan riadah memberikan peluang peminat sukan ekstrem kembali beraksi setelah hampir dua tahun suram akibat penularan pandemik Covid-19 serta pematuhan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia juga menarik nafas lega dan perasaan gembira dalam kalangan pengusaha dan penggiat pusat sukan atau aktiviti ekstrem di Pahang kerana dapat beroperasi semula berasaskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan amalan norma baharu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Via Ferrata Tasik Hati Kota Gelanggi, Wan Ruhaiza Wan Daud berkata, pusat rekreasi itu mula menerima kunjungan peminat sukan ekstrem untuk mengisi waktu cuti dan hujung minggu sejak dibuka bulan lalu.

Item Type: Newspaper
Keywords: sukan lasak, rekreasi, ferrata
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Outdoor Recreation
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 31 Jan 2022 23:59
Last Modified: 31 Jan 2022 23:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item