Pemenang emas Olimpik Filipina bina pusat latihan di Jasin

Pemenang emas Olimpik Filipina bina pusat latihan di Jasin. [Newspaper] (2021)



Abstract

JASIN: Jaguh angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz bakal membina sebuah pusat latihan di Kampung Kesang Tua di sini, dengan menaik taraf kemudahan sedia ada bagi pembangunan sukan itu sebagai tanda penghargaan serta terima kasih kepada Melaka. Naib Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Ahmad Janius Abdullah berkata pemenang pingat emas Olimpik pertama Filipina itu, yang sedang menjalani kuarantin di kampung berkenaan menyatakan hasratnya selain memperuntukkan wang sendiri berjumlah RM100,000 bagi merealisasikan projek berkenaan. "Malam tadi beliau menghubungi saya dan berbincang mengenai hasratnya menaik taraf tempat berlatih untuk digunakan oleh atlet angkat berat negara ini. Beliau memaklumkan atlet Filipina turut berminat mengadakan latihan di pusat berkenaan, sebagai persediaan mereka menghadapi pelbagai kejohanan. "Beliau meminta saya untuk bertemu dengan kontraktor pada hari ini bagi membina dewan gimnasium angkat berat dan asrama untuk kemudahan atlet menginap di situ, selain mahu projek pembinaan itu dipercepatkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sukan angkat berat, Pusat latihan, Jasin
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Jan 2022 03:30
Last Modified: 05 Jan 2022 03:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item