KRM optimis negara mampu layak ke Sukan Komanwel

KRM optimis negara mampu layak ke Sukan Komanwel. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) optimis skuad tujuh sebelah negara mampu mencapai sasaran ditetapkan dengan layak ke Sukan Komanwel 2022 di Birmingham apabila beraksi pada Kejohanan Asia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 19 dan 20 November ini. Setiausaha Agung KRM, Amrul Hazarin Hamidon berkata persiapan pasukan negara berjalan lancar dengan mengadakan beberapa siri ujian bagi memastikan pemain berada pada tahap optimum. Katanya, selain tampil dengan misi layak ke Sukan Komanwel, skuad bimbingan Mohd Saizul Hafifi Md Noor turut mengintai peluang bagi mencipta kejutan dengan menumbangkan pasukan gergasi ragbi Asia. "Mengikut undian baru-baru ini, Malaysia akan bertemu dengan Korea Selatan, Hongkong dan Filipina yang diundi dalam Kumpulan A. Sudah tentu kita mahu pastikan berjaya mencipta keputusan positif walaupun persediaan pasukan agak terhad berikutan pandemik COVID-19.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pengurusan sukan, Sukan KOMANWEL, Kejohanan Piala Dunia Ragbi
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Jan 2022 03:40
Last Modified: 05 Jan 2022 03:40
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item