MOM cadang tubuh organisasi selia program sukan prestasi tinggi. [Newspaper] (2021)
Abstract
KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mencadangkan sebuah organisasi terdiri daripada wakil badan induk itu dan agensi kerajaan ditubuhkan bagi menyelia program sukan berprestasi tinggi terutamanya bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028. Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata organisasi berkenaan perlu menjadi wadah terhadap perancangan jangka sederhana dan panjang tanpa diganggu gugat oleh perubahan struktur kerajaan atau politik. Katanya, seperti pernah disuarakan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika 'post mortem' sebaik tamat Sukan Olimpik Tokyo 2020, Ogos lalu, arena sukan negara tidak boleh terus melakukan perkara sama tetapi mengharapkan keputusan berbeza.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Pengurusan sukan, Majlis Olimpik Malaysia, Sukan Olimpik 2028 |
Taxonomy: | By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science |
Local Content Hub: | Subjects > Sports Science & Recreation |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 05 Jan 2022 03:46 |
Last Modified: | 05 Jan 2022 03:46 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |