Tembikar melayu tradisi sayong: pemerian asal usul, intipati bentuk, motif dan rupa

Tembikar melayu tradisi sayong: pemerian asal usul, intipati bentuk, motif dan rupa. JAPPA Journal- Journal of Applied Arts, 1 (1): 10. pp. 73-77. ISSN 2710-7019 (2019)



Abstract

Sayong satu ketika dahulu merupakan pusat pemerintahan DiRaja bagi Negeri Perak sebelum berpindah ke Bukit Candan akibat dari fenomena banjir yang dialaminya saban tahun. Pembuatan tembikar labu di kawasan ini diambil dari asal usul reka bentuk buah labu kering yang digunakan sebagai bekas minuman masyarakat Melayu tradisi. Disebabkan ianya dikerjakan di kawasan ini maka ianya dinamakan Labu Sayong, hakikatnya dari segi sejarah tembikar negeri Perak telah lama diusahakan sejak dari 6000 tahun dahulu dengan adanya jumpaanjumpaan tembikar pra sejarah di kawasan Lembah Lenggong. Malah ia merupakan jumpaan tembikar yang tertua dihasilkan di Malaysia, tidak ketinggalan juga dengan motif bunga tera yang terdapat pada tembikar tersebut masih digunakan hingga kehari ini. Kajian-kajian yang terdahulu yang dijalankan secara saintifik juga telah membuktikan bahawa jenis tanah liat yang digunakan pada tembikar pra sejarah Perak adalah sama dengan yang digunakan pada tembikar Sayong. Jestru kesinambungan pembuatan tembikar ini telah pun wujud dimana ia secara tidak langsung membuktikan kita telah lama mempunyai budaya tembikarnya yang tersendiri. Tembikar Sayong juga sebenarnya tidak terbatas pada bentuk labu sahaja, ia turut mengcakupi bentuk utilitarian yang lain biarpun pada masa kita ia telah ditinggalkan seperti geluk, perembunan, perasapan dan buyung. Labu Sayong juga dizahirkan dalam pelbagai bentuk dan rupa berinsprirasi dari sumber alam seperti flora dan fauna.namun kini hanya tedapat tiga jenis labu sahaja yang masih diusahakan. Bentuk labu tembikar ini juga turut dijalankan di Pulau Tiga Perak dengan sejarahnya yang tersendiri dan tidak sama rekabentuknya mahupun cara pembakaran serta motif yang dikenakan di Sayong. Tembikar labu Sayong juga tidak ketinggalan dalam mengenegahkan makna dan falsafah yang tersendiri dalam bentuk dan motifnya. Setiap satunya membawa maksud yang tersirat dan tersurat sepertimana yang terkandung dalam seni Melayu lainya. Perkara ini turut dibincangkan dalam kertas kerja ini untuk dijadikan panduan bagi para pengusaha masa kini dalam menggayakan rekaan mereka yang tidak lari dari amalan tradisi ini biarpun telah diberi nafas baru. Selain itu tembikar labu dari negara-negara Asia Tenggara turut diketengahkan bagi memperlihatkan wujudnya perusahaan membuat labu dirantau ini yang saling berkait rapat sebagai hasilan serumpun berinspirasikan flora dan fauna setempat yang tidak jauh bezanya antara satu sama lain.

Item Type: Article
Keywords: Tembikar Sayong, Motif, Bentuk
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Siti Nornafiza Katmidi
Date Deposited: 20 Jan 2021 08:46
Last Modified: 20 Jan 2021 08:46
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item