Eksperimentasi teknik tritik dalam pembelajaran mereka corak tekstil batik

Eksperimentasi teknik tritik dalam pembelajaran mereka corak tekstil batik. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 5. pp. 47-54. ISSN 2289-4640 (2017)



Abstract

Kajian ini mengaplikasikan teknik tritik melalui pembelajaran dalam mereka corak batik. Tritik adalah satu teknik yang hampir sama dengan batik ikat dan celup, hanya membezakan dua teknik ini adalah dari aspek jahitan benang pada fabrik bagi menampakkan kesan corak yang lebih elegan dan menarik Penelitian kajian ini dilakukan secara
kualitatif. Fokus utama penelitian ini adalah penghasilan karya menerusi studio praktis. Penelitian ini melibatkan
observasi langsung, temubual secara tidak berstruktur dan disertai dengan pengumpulan hasil karya. Dapatan kajian
mendapati, bahawa eksperimentasi teknik tritik dalam pembelajaran mereka corak tekstil batik sangat efektif dengan penemuan kesan estetik pada permukaan fabrik. Ciri- ciri khas kesan ragam hias yang dihasilkan adalah seperti, rupagaris yang terbentuk dari sekumpulan titik dan tampak terputus-putus, serta rupa tekstur tiga dimensi. Hasil kajian ini juga mendapati kualiti fabrik, kuantiti warna dan pola jahitan adalah amat mempengaruhi penghasilan reka corak Tritik. Semua kompenen ini saling berkait rapat dalam memastikan kesan rekaan corak tritik itu lebih menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Item Type: Article
Keywords: Batik, Tritik techinique, Aesthetic
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Textile Designs
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 10 Aug 2020 23:05
Last Modified: 10 Aug 2020 23:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item