Perbankan islam di Malaysia: tinjauan strategi pengukuhannya

Perbankan islam di Malaysia: tinjauan strategi pengukuhannya. Labuan e-Journal of Muamalat and Society, 9: 5. pp. 48-56. ISSN 2672-7390 (2015)



Abstract

Perbankan Islam Malaysia pada masa kini Islam telah menjangkaui tiga dekad perlaksanaan dan telah mengorak langkah menjadi antara penyedia perkhidmatan kewangan terpenting dan berdaya saing seiring dengan kemajuan Malaysia. Oleh itu, adalah menjadi keperluan pada hari ini untuk mengetahui sejauh mana perjalanan perbankan Islam di Malaysia sama ada ia berjalan seiring dengan perkembangan semasa atau sebaliknya. Ini kerana perbankan Islam yang ada kini bukan sekadar menjadi platform simpanan deposit semata-mata, malah turut menghasilkan eksternaliti positif melalui kepada umat Islam khususnya masyarakat Melayu. Dalam mencapai objektif ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Malaysia bagi tujuan memperkasakan institusi perbankan Islam di Malaysia. Antaranya Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 yang dihasilkan oleh Bank Negara Malaysia yang menggariskan pelbagai langkah strategik bagi menyediakan persekitaran yang lebih kondusif dan menambah baik kemampuan Malaysia dalam memudah cara aliran kewangan merentasi sempadan. Antara langkah lain ialah Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah mengenal pasti industri kewangan Islam sebagai sektor penting yang menyumbang kepada tambahan pendapatan negara kasar. Selain itu, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam juga diwujudkan sebagai langkah untuk memodenkan undang-undang bagi mengawal selia perlakuan dan penyediaan institusi kewangan Islam di Malaysia. Kesemua langkah-langkah ini sekali gus membangunkan taraf hidup masyarakat dan merancakkan lagi ekonomi umat Islam serantau secara keseluruhan.

Item Type: Article
Keywords: Perbankan Islam, Kewangan islam, Pengukuhan, Ekonomi, Malaysia
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Management
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Mohd Ismail Zanudin
Date Deposited: 17 Feb 2022 08:20
Last Modified: 17 Feb 2022 08:20
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item