Mantapkan integriti perkhidmatan awam. [Newspaper] (2018)
Abstract
Perubahan sosial memperlihatkan wujud kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat terhadap keperluan untuk memperkukuh disiplin moral. Berdasarkan situasi ini, maka semakin menebal tuntutan terhadap kewujudan perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi.
Sektor perkhidmatan awam ialah pemangkin kepada pembangunan negara, khususnya berkaitan perkembangan sosioekonomi, pembangunan industri serta perubahan teknologi komunikasi. Apa yang penting sektor awam seharusnya menjadi sektor yang dapat meyakinkan rakyat terhadap kewibawaannya dalam proses penyampaian perkhidmatan.
Sektor awam sering menjadi fokus perbincangan, terutama dalam kalangan masyarakat berkaitan dengan harapan meninggi agar sektor perkhidmatan awam, bergerak berlandaskan prinsip berfokuskan integriti.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Sektor Awam, Perkhidmatan Awam, Etika perkhidmatan, Nilai dan etika, Urustadbir awam |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Mohd Ismail Zanudin |
Date Deposited: | 11 Feb 2022 23:59 |
Last Modified: | 14 Feb 2022 23:30 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |