Sukan lasak berpotensi besar di Malaysia. [Newspaper] (2020)
Abstract
Sukan ekstrem mempunyai potensi untuk berkembang pesat di Malaysia, sehingga boleh dijadikan sebagai karier sepenuh masa, jika mendapat galakan daripada pelbagai pihak.
Atlet orienteering dan sukan lasak negara Azam Mohd Shidid berkata, banyak sukan lasak makin berkembang pesat di luar negara, sehingga boleh menjana pendapatan, tetapi masih agak ketinggalan di negara ini.
Namun, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berusia 27 tahun itu tetap yakin, bahawa sukan ekstrem mampu mencapai tahap lebih tinggi, melalui pembabitan di pelbagai peringkat.
"Pertama, kita perlukan penglibatan secara sukarela, bukannya paksaan. Guru di sekolah dan pihak universiti juga harus menggalakkan penyertaan pelajar dalam sukan ekstrem, sekurang-kurangnya mereka tahu kewujudan sukan ini yang mempunyai panduan dan jurulatih yang diiktiraf.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Sukan ekstrem, Orienteering, Mental toughnes, Sport facilities |
Taxonomy: | By Subject > Sports Science & Recreation > Outdoor Recreation By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management |
Local Content Hub: | Subjects > Sports Science & Recreation |
Depositing User: | Mohd Aizat Abd Halim (Seremban) |
Date Deposited: | 07 Feb 2022 23:41 |
Last Modified: | 10 Feb 2022 08:26 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |