Menjengah evolusi perlembagaan negara. [Newspaper] (2020)
Abstract
SEBELUM merdeka, Malaysia (Tanah Melayu) ditadbir melalui beberapa bentuk pemerintahan.
Antaranya termasuklah pemerintahan tanah jajahan (seperti Negeri-Negeri Selat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang); pemerintahan residen (di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yakni Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) dan juga pemerintahan yang tidak seragam di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor di bawah penasihat-penasihat Inggeris ekoran perjanjian dengan Kerajaan Siam pada tahun 1909.
Pemerintahan berasaskan undang-undang diperkenal buat masa yang agak lama.
Bagaimanapun, kedatangan penjajah Jepun pada Disember 1941 menghentikan usaha dan asas pentadbiran negara ini sehinggalah berakhir pada penghujung Ogos 1945. Penderitaan rakyat Tanah Melayu kemudiannya diburukkan pula oleh gerakan yang dipengaruhi Komunisme melalui MPAJA serta Parti Komunis Malaya (PKM) serta perintah darurat yang bermula pada tahun 1948.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Perlembagaan, Pemerintahan negara, Demokrasi berparlimen, Urustadbir awam |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Mohd Aizat Abd Halim (Seremban) |
Date Deposited: | 14 Feb 2022 04:01 |
Last Modified: | 14 Feb 2022 04:01 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |