Perubahan kerajaan tak jejas penjawat awam tadbir negara

Perubahan kerajaan tak jejas penjawat awam tadbir negara. [Newspaper] (2021)



Abstract

Sekali lagi Malaysia mengharungi krisis politik kedua pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila Tan Sri Muhyiddin Yasin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri setelah hilang sokongan majoriti dan cadangan kerjasama bipartisan tidak diterima.

Bersesuaian peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenan Muhyiddin untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara.

Meskipun jawatan itu tidak dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan dan hanya berlandaskan amalan konvensyen seperti diamal dalam tradisi politik negara Komanwel, ia bertindak atas nasihat serta panduan pentadbiran awam, sekali gus berfungsi memastikan kelancaran pentadbiran negara.

Justeru, pentadbiran awam yang menjadi nadi penggerak utama kepada perancangan dan pelaksanaan dasar awam negara sejak merdeka hingga kini, berperanan dalam memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan khususnya menangani pandemik COVID-19 dan pemulihan negara.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pentadbiran awam, Perlembagaan, Kerajaan, Urustadbir awam
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
Date Deposited: 14 Feb 2022 05:38
Last Modified: 14 Feb 2022 05:38
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item