China minat kerjasama dengan Malaysia pertahan kesaksamaan, keadilan antarabangsa

China minat kerjasama dengan Malaysia pertahan kesaksamaan, keadilan antarabangsa. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: China ingin bekerjasama dengan Malaysia untuk mempraktikkan multilateralisme sebenar, bagi mendukung kesaksamaan dan keadilan antarabangsa serta dan membawa hubungan China-Malaysia ke tahap lebih cemerlang, kata Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Beliau berkata China juga bersedia bersama dengan Malaysia mempromosi pembangunan berkualiti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta memacu kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk vaksin, perdagangan, pelaburan, budaya, pelancongan dan pendidikan, sambil memanfaatkan potensi kerjasama dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, e-dagang, teknologi tinggi dan keselamatan siber.

"Meskipun pandemik terus berleluasa, saya percaya bahawa tiada yang dapat menghentikan langkah kita. Selagi kedua-dua negara berpegang teguh pada solidariti dan fokus kepada kerjasama, kita pasti dapat mengalahkan pandemik dan mencapai masa depan yang cerah.

Item Type: Newspaper
Keywords: Hubungan luar, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Hubungan Malaysia-China, Kerjasama serantau
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Aizat Abd Halim (Seremban)
Date Deposited: 14 Feb 2022 05:42
Last Modified: 15 Feb 2022 07:35
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item