Tarikan terbaharu Air Terjun Wong Pejik. [Newspaper] (2021)
Abstract
Air Terjun Wong Pejik di sini, bakal mendapat jolokan Niagara Falls di Malaysia Timur berikutan keindahannya yang setanding dengan air terjun di taman negara tertua di Amerika Syarikat itu.Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, air terjun terletak di Sungai Linau Belaga itu bakal diangkat menjadi salah satu produk pelancongan terbaharu di Sarawak berikutan keindahan serta kejernihan airnya. "Saya serta rombongan telah melihat sendiri keindahan air terjun ini apabila kekayaan biodiversiti serta keindahan alam semulajadi terdapat di sekelilingnya berupaya menjadi tarikan utama pengunjung dari dalam dan luar negara untuk datang melawat air terjun ini," katanya ketika sesi lawatan kerja tiga hari ke Sarawak yang berakhir semalam.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Pengurusan Pelancongan, Sarawak, Tourism Industry, Tourism Malaysia, Sustainable Tourism |
Taxonomy: | By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management |
Local Content Hub: | Subjects > Hotel & Tourism Management |
Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
Date Deposited: | 12 Jan 2022 08:44 |
Last Modified: | 12 Jan 2022 08:44 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |