Masjid cangkerang, tarikan baru Melaka

Masjid cangkerang, tarikan baru Melaka. [Newspaper] (2021)



Abstract

Melaka bakal mempunyai satu lagi tarikan pelancongan susulan pembinaan sebuah masjid terapung berbentuk cangkerang di Pulau Besar dijangka bermula awal tahun hadapan. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, masjid yang menelan kos RM30 juta itu akan menggunakan bahan aluminium dan mampu menampung seramai kira-kira 1,500 jemaah pada satu-satu masa. Katanya, projek itu masih dalam proses perbincangan dan pembinaan akan bermula selepas mendapat sejumlah dana daripada Kerajaan Persekutuan. "Reka bentuk masjid yang unik terletak di pulau itu dilihat secara tidak langsung mampu menjadi tarikan baharu kepada pelancong dan paling penting menyebarkan syiar Islam di negeri ini," katanya selepas majlis pelancaran Tabung Saham Wakaf Pembinaan Masjid Pulau Besar sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Auditorium Masjid Al-Azim di Bukit Palah di sini, tadi.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pengurusan Pelancongan, Melaka, Tourism Industry, Tourism Malaysia, Sustainable Tourism
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Common Areas
By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 12 Jan 2022 08:48
Last Modified: 12 Jan 2022 08:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item