79 pelumba muda sertai jelajah Negeri Sembilan 2021

79 pelumba muda sertai jelajah Negeri Sembilan 2021. [Newspaper] (2021)



Abstract

SEREMBAN: Seramai 79 orang pelumba muda dari 14 buah pasukan negeri termasuk dua buah kelab dan sebuah pasukan skuad pelapis Majlis Sukan Negara (MSN) akan menyertai kejohanan berbasikal Jelajah Negeri Sembilan 2021 yang bermula esok sehingga 5 Disember depan. Timbalan Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan, Yunus Ibrahim berkata, kesemua pelumba terlibat akan mengharungi laluan sejauh 387 kilometer yang akan berakhir di daerah Rembau pada Ahad depan. “Kejohanan ini akan melibatkan 14 buah negeri yang bertanding mengikut peringkat umur iaitu 17 hingga 22 tahun yang kami fikirkan yang terbaik bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2022. “Jelajah ini juga satu program pembangunan untuk mencari pelumba terbaik untuk negara dan salah satu cara melihat prestasi setiap pelumba bagi menghadapi Sukma akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Pasukan Kejohanan Berbasikal Jelajah Negeri Sembilan 2021 di Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sukan berbasikal, Jelajah Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negara (MSN), Competition, Talents development
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 24 Feb 2022 23:46
Last Modified: 25 Feb 2022 09:26
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item