Omicron: Kedah sedia terima pelancong asing melalui gelembung pelancongan Langkawi

Omicron: Kedah sedia terima pelancong asing melalui gelembung pelancongan Langkawi. [Newspaper] (2021)



Abstract

ALOR SETAR: Di sebalik penularan varian Omicron COVID-19 di banyak negara, Kerajaan Negeri Kedah tetap bersedia menerima kedatangan pelancong asing sempena bermulanya projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi (GPL), hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, setakat hari ini pelancong asing yang tiba di Langkawi dari Singapura tidak perlu menjalani kuarantin melainkan mereka mempunyai simptom. "Kita tak perlu bimbang kerana pelancong asing yang tiba hari ini dari Singapura dan penerbangan secara terus dari negara itu ke pulau ini. “Malah kesemua pelancong ini sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan individu yang negatif saja dibenarkan berlepas ke Langkawi.

Item Type: Newspaper
Keywords: Gelembung Pelancongan Langkawi (GPL), Industri pelancongan, Saringan COVID-19, Kerajaan Negeri Kedah
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Feb 2022 23:53
Last Modified: 04 Mar 2022 04:26
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item