Lebih 70 pengusaha bot pelancongan kembali aktif

Lebih 70 pengusaha bot pelancongan kembali aktif. [Newspaper] (2021)



Abstract

JERANTUT: Sektor pelancongan yang kembali aktif memberi sinar baharu kepada lebih 70 pengusaha bot pelancong di Taman Negara Pahang. Selepas hampir dua tahun tidak beroperasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka kini mula menyediakan perkhidmatan apabila semakin ramai pelancong tempatan bercuti ke Taman Negara. Pemandu bot panjang, Syed Rafi Syed Mohamad, 54, berkata pelaksanaan PKP hampir dua tahun menyebabkan dia tidak dapat meneruskan aktiviti membawa pelancong menyusuri Sungai Tembeling dan Sungai Keniang yang terkenal dalam kalangan pelancong tempatan serta luar negara. Beliau berkata, sebelum ini hampir setiap minggu dia membawa pelancong melakukan aktiviti memancing di beberapa lubuk, selain bot dijadikan pengangkutan membawa penduduk kampung di sepanjang sungai seperti Kampung Pagi, Kampung Mat Daling, Kampung Bantal dan Kampung Kuala Sat.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri pelancongan, Pengusaha bot pelancongan, Ecotourism, Pahang
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Feb 2022 23:55
Last Modified: 04 Mar 2022 04:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item