Imej baharu aktiviti perniagaan di Taman Tasik Metropolitan Kepong

Imej baharu aktiviti perniagaan di Taman Tasik Metropolitan Kepong. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kepong: ShopeePay Malaysia melaksanakan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menyumbangkan 31 ShopeePay Push Cart kepada penjaja di Taman Tasik Metropolitan Kepong. Inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama ShopeePay itu bakal memberikan imej baharu kepada aktiviti perniagaan dan penjajaan yang berkonsepkan usahawan moden dengan piawaian lokasi, reka bentuk, persekitaran dan perkhidmatan yang lebih kondusif dan kompetitif selaras dengan hasrat bandaraya bertaraf dunia menjelang 2030. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, program seumpama ini juga bakal mewujudkan persekitaran digital yang baharu dengan penggunaan perkhidmatan pembayaran secara dalam talian tanpa membabitkan transaksi tunai di lapangan. Katanya, konsep perniagaan seumpama ini akan diperluaskan secara berperingkat sebagai pendedahan konsep baharu kepada penjaja di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Item Type: Newspaper
Keywords: ShopeePay Push Cart, Usahawan moden, Usahawan penjaja, Transformasi aktiviti perniagaan, Tanggungjawab sosial korporat (CSR), e-Commerce
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Marketing
By Subject > Entrepreneurship > Electronic Commerce
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 23 Feb 2022 23:46
Last Modified: 24 Feb 2022 07:17
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item