Alliance Bank jual perniagaan pembrokeran saham

Alliance Bank jual perniagaan pembrokeran saham. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Alliance Bank Malaysia Bhd mencadangkan pelupusan perniagaan pembrokeran sahamnya, yang dikuasai oleh unit milik penuh, Alliance Investment Bank Bhd (AIBB) kepada Phillip Futures Sdn Bhd. AIBB hari ini menandatangani perjanjian bersyarat bagi menjual perniagaan untuk jumlah tunai yang sama dengan nilai aset bersih perniagaan RM205.2 juta sehingga 30 September 2021, ditambah 60 peratus daripada yuran pembrokeran agregat untuk urus niaga pembrokeran yang dimuktamadkan oleh Phillip Futures dalam tempoh 12 bulan dari angka pemindahan spesifik, ditolak sebarang kos transaksi pembrokeran dan sebarang kekurangan yang belum terima. "Cadangan melupuskan perniagaan pembrokeran saham adalah sebahagian daripada pelan strategik kumpulan untuk mengutamakan semula perniagaannya bagi mempercepatkan pertumbuhan dalam perniagaan perbankan pengguna, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perbankan Islam Alliance Bank," kata bank itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pemindahan spesifik, Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Platform dagangan serantau, Merges and acquisitions
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Management
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 23 Feb 2022 06:48
Last Modified: 24 Feb 2022 08:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item