793 permohonan layak terima geran padanan digitalisasi PKS. [Newspaper] (2021)
Abstract
SHAH ALAM: Kerajaan negeri menerima 1,372 permohonan Geran Padanan Digitalisasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Selangor setakat 30 Oktober lalu yang dikhususkan bagi membantu usahawan PKS mendigitalisasikan perniagaan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negeri, Datuk Teng Chang Khim, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 793 permohonan layak sudah diluluskan membabitkan peruntukan RM3.8 juta daripada RM5 juta nilai keseluruhan geran padanan itu. "Kelulusan Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor yang dilancarkan pada April lalu dilaksanakan jawatankuasa khas diketuai bekas Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Ng Wan Peng dan Pengarah Urusan The Hive Southeast Asia, Datuk Syed Haizam Jamalullail, yang juga seorang daripada lapan pemodal teroka pilihan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Muhammad Hilman Idham (BERSATU-Gombak Setia) yang bertanya mengenai usaha kerajaan negeri meningkatkan produktiviti IKS pada sidang Dewan Negeri Undangan (DUN) Selangor, hari ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Geran Padanan Digitalisasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Perindustrian dan Perdagangan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Mendigitalisasi perniagaan |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Management By Subject > Business & Management > Marketing By Subject > Entrepreneurship > Electronic Commerce |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 23 Feb 2022 23:47 |
Last Modified: | 24 Feb 2022 06:51 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |