Ekonomi digital pacu kelangsungan perniagaan. [Newspaper] (2021)
Abstract
KUALA LUMPUR: Ekonomi digital menjadi aspek penting bagi memastikan kelangsungan perniagaan dalam norma baharu, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau menegaskan, elemen itu menyaksikan negara melipatgandakan usaha terutama dalam menyediakan platform pembiayaan digital, e-dagang dan ekonomi gig. "Terima kasih kepada COVID-19 kerana dunia telah mengambil lonjakan kuantum dalam penggunaan digital dan mengubah cara kita menerima penyelesaian digital serta mewujudkan tawaran lebih baik. "Walaupun kita bercakap tentang kewajipan untuk kepelbagaian vaksin, keperluan bagi kepelbagaian digital menjadi sama pentingnya kerana pendigitalan adalah penggerak masa kini dan masa depan," katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Forum Inisiatif Asia Pasifik Ketiga 2021 bertajuk 'Prioritising innovation as the key to unlocking post-crisis growth' hari ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Ekonomi digital, e-dagang, Lonjakan kuantum, Platform digital |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 23 Feb 2022 06:47 |
Last Modified: | 24 Feb 2022 09:02 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |