LBS dinobat 10 pemaju terbaik

LBS dinobat 10 pemaju terbaik. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad sekali lagi merangkul Anugerah 10 Pemaju Terbaik 2020/2021 di Anugerah BCI Asia (BCIAA) bagi tahun 2020. Pencapaian ini adalah satu pengiktirafan besar kepada LBS sebagai pemaju hartanah contoh dan terbaik di Malaysia serta Asia Tenggara. Ia adalah anugerah yang diterima oleh LBS untuk kali ke lima. Anugerah 10 Pemaju Terbaik 2020 dipilih berdasarkan tahap kelestarian projek mereka. Ia adalah anugerah berprestij yang paling dinantikan dalam kalangan sektor seni bina, pemaju hartanah dan pembinaan di seluruh Asia Tenggara termasuk Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata, objektif perumahan lestari adalah untuk meningkatkan taraf hidup sambil memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman mereka dengan perpaduan dan kesejahteraan kemasyarakatan yang lebih baik, pertumbuhan ekonomi dan peningkatan sosial.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sektor seni bina, Perumahan lestari, Kualiti binaan
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Construction Management
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Feb 2022 23:58
Last Modified: 01 Mar 2022 08:50
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item