Merdeka 118 dilengkapi pelbagai keistimewaan

Merdeka 118 dilengkapi pelbagai keistimewaan. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Menara Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan tertinggi di Asia Tenggara dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir tahun 2022. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Ahmad Zulqarnain Onn berkata, sejak pembinaannya dimulakan pada 2014, menara tersebut kini sudah siap 85 peratus, dengan pemasangan lantai menara telah mencapai Tingkat 118 manakala pemasangan panel kaca telah dipasang hingga ke Tingkat 114. Menurut beliau, dengan pembangunan seluas 40 ekar, yang mana 50 peratus keluasan tanah tersebut terdiri daripada Stadium Merdeka dan Stadium Negara, penyempurnaan puncak menara Merdeka 118 berketinggian 678.9 meter itu melengkapkan struktur luaran bangunan tersebut. “Ketinggian puncak menara atau spire Merdeka 118 adalah berukuran 160 meter dengan berat 1,015 tan. Berat ini adalah bersamaan dengan berat 852 buah kereta Proton Saga. Ia diperbuat daripada keluli dan panel aluminium, dan tempoh pemasangan mengambil masa tiga bulan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Menara Merdeka 118, Kawasan strategik, Bangunan anjung tinjau, Mercu tanda
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Construction Management
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Landscape Architecture
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 25 Feb 2022 23:59
Last Modified: 03 Mar 2022 22:57
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item