Pelajar bina sistem pertanian bandar

Pelajar bina sistem pertanian bandar. [Newspaper] (2021)



Abstract

Seramai 30 penuntut tahun satu program Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya membangunkan reka bentuk modul sistem pertanian bandar (moden). Ia untuk menggalakkan aktiviti penanaman sendiri sebagai sumber makanan bagi memastikan sekuriti makanan tidak terjejas. Idea reka bentuk modul sistem ini adalah hasil kerjasama Jabatan Pertanian Batu Pahat, Pejabat FAMA Batu Pahat dan Suria Bistari Agrotech Enterprise. Ia adalah sebahagian daripada projek semester yang sedang berjalan dan bagi memenuhi keperluan kursus Studio Senibina. Bagi meningkatkan lagi pengetahuan asas dan kemahiran penuntut terbabit, mereka turut mendapat bimbingan daripada pensyarah kursus Binaan Bangunan dan kursus Kelestarian Dalam Senibina. Menurut Ketua Projek, Nadiyah Noor Hisham, projek ini mengambil masa selama empat minggu bermula daripada fasa reka bentuk sehinggalah penghasilan modul.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sistem pertanian bandar, Binaan Bangunan dan kursus Kelestarian Dalam Senibina, Binaan kayu, Penanaman sendiri, Sistem akuaponik
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Town Planning
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Landscape Architecture
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Feb 2022 23:45
Last Modified: 26 Feb 2022 23:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item