Pameran 2M Mampu Milik tawar karya, lukisan serendah RM500. [Newspaper] (2021)
Abstract
KUALA LUMPUR: Pameran 2M Mampu Milik Kali Ke-3 secara maya menawarkan 140 karya hasil 47 pelukis dengan harga mampu milik serendah RM500 hinggalah RM5,000 yang boleh dibeli bermula 20 November sehingga 20 Disember ini. Presiden Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS), Raja Mohamed Nizam Raja Mohd Ali selaku penganjur menjelaskan, harga mampu milik ditetapkan sedemikian bagi membantu pelukis yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19 serta memudahkan peminat membeli karya seni dengan harga mampu milik. “Ketika pandemik Covid-19, ramai juga pelukis yang terkesan, perjuangan seni visual agak terbatas, namun kecekalan sahabat seperjuangan dalam terus menghasilkan karya, amat dikagumi. “Setiap karya yang dihasilkan perlu ditukar kepada sumber pendapatan bagi memastikan sumber disediakan buat keluarga tercinta.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS), Seni visual, Pelukis tanah air |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Fine Art By Subject > Art & Design > Fundamental Art |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 26 Feb 2022 23:55 |
Last Modified: | 26 Feb 2022 23:55 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |