Jejak sejarah Slim River

Jejak sejarah Slim River. [Newspaper] (2021)



Abstract

USAHA bersungguh-sungguh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak me­ngangkat sejarah Pertempuran Slim River yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua supaya diketahui khalayak patut dipuji. Ia juga meletakkan nama-nama seperti Trolak, jambatan Kampung Slim, jalan lama Trolak-Slim River dan pekan Slim River dalam peta sejarah Malaya Campaign atau kempen pertempuran di Tanah Melayu dalam peristiwa yang menyaksikan kejatuhan Empayar British. Pertempuran pada 6 Januari 1942 melibatkan rejimen infantri Jepun bersama 20 kereta kebal dengan dua buah briged tentera British dan India berkekuatan 3,200 anggota. Daripada aspek taktikal, pertempuran ini telah menyaksikan keberkesanan penggunaan kereta kebal oleh tentera Jepun semasa menggasak pertahanan tentera British termasuk me­lakukan serangan mengejut pada waktu malam.

Item Type: Newspaper
Keywords: monumen, karya arca
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Decorative Arts
By Subject > Art & Design > Fine Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Feb 2022 23:57
Last Modified: 26 Feb 2022 23:57
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item