Daftar karya, elak diciplak – Ujang

Daftar karya, elak diciplak – Ujang. [Newspaper] (2021)



Abstract

PETALING JAYA: Kartunis tanah air, Ibrahim Anon yang lebih popular dengan nama Ujang, mula berwaspada dengan pihak-pihak yang sentiasa menunggu peluang untuk membuat keuntungan secara mudah dan tidak bermaruah dengan menciplak hasil karyanya. Kata beliau kepada Utusan Malaysia, peristiwa lalu memberi kesedaran kepadanya tentang betapa pentingnya mendaftar hak karya bagi mengelakkan ia dirampas dan diciplak. Sehubungan itu, beliau turut menggesa para kartunis supaya mengambil inisiatif dengan mendaftarkan tanda dagang pada setiap hasil karya masing-masing. “Selain itu, mematenkan karya dahulu sebelum menyerahkannya kepada pihak lain untuk diterbitkan atau diniagakan. “Selanjutnya, kartunis juga perlu meluangkan masa membuat carian dalam internet dan cuba memahami betapa pentingnya karya-karya anda dilindungi,” katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: kartunis, Tokoh Kartunis Malaysia 2021
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Decorative Arts
By Subject > Art & Design > Fine Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Feb 2022 23:57
Last Modified: 26 Feb 2022 23:57
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item