Upin & Ipin tewaskan animasi Korea Selatan, AS

Upin & Ipin tewaskan animasi Korea Selatan, AS. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Siri animasi terkenal, Upin & Ipin mengekalkan kemenangan pada Anugerah Penyiaran Ramah Anak (APRA) 2021 menerusi kategori Program Animasi Asing yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 27 November lalu. APRA 2021 adalah majlis anugerah anjuran Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) yang memberi pengiktirafan kepada program televisyen negara jiran. Pengarah Kandungan Kreatif Les'Copaque Production Sdn Bhd, Nur Naquyah Burhanuddin berkata, kemenangan Upin & Ipin buat kali dua berturut-turut itu menewaskan program animasi dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) adalah satu pencapaian yang mengujakan "Ini membuktikan Upin & Ipin berjaya memartabatkan animasi tempatan ke peringkat antarabangsa. Jadi, tekaan sesetengah pihak yang beranggapan Upin & Ipin hanya jaguh kampung meleset sama sekali. "Upin & Ipin sudah sampai ke Indonesia dan berjaya membawa pulang trofi, mengalahkan animasi dari Korea Selatan, AS dan lain-lain negara. Bukan sekali, tetapi dua kali berturut-turut. Jadi, benarlah Upin & Ipin adalah siri animasi kesayangan Indonesia," katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Animasi, Upin & ipin, Program animasi asing
Taxonomy: By Subject > Art & Design > 2D and 3D Animation
By Subject > Art & Design > Fine Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 27 Feb 2022 23:18
Last Modified: 27 Feb 2022 23:18
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item