FFM31: ejen Ali the movie saingi filem cereka. [Newspaper] (2021)
Abstract
KUALA LUMPUR: Sangkanya peluang untuk filem animasi Ejen Ali The Movie dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 tipis apabila acara itu terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19 yang serius, tahun lalu.
Biarpun jauh di sudut hati Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid teringin melihat karyanya diiktiraf di negara sendiri, namun, pengarah filem Ejen Ali The Movie ini terpaksa akur. Namun, sudah namanya rezeki. Filem Ejen Ali The Movie yang baru-baru ini meraih trofi Watak Animasi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, terpilih bersaing pada FFM31 yang diputuskan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal dianjurkan, Jumaat ini. Berkongsi keterujaan, Usamah berkata, borang penyertaan Ejen Ali The Movie dihantar pada 2019.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Animasi, Ejen Ali, Watak animasi popular |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > 2D and 3D Animation By Subject > Art & Design > Decorative Arts By Subject > Art & Design > Fine Art |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 27 Feb 2022 23:20 |
Last Modified: | 27 Feb 2022 23:20 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |