‘Gadis tanah liat’ kini bergelar graduan

‘Gadis tanah liat’ kini bergelar graduan. [Newspaper] (2021)



Abstract

SEREMBAN: Pernah mendapat perhatian susulan kemahirannya membuat miniatur menggunakan tanah liat polimer, Nur Izzati Mohamad Azizi, 23, merupakan antara graduan yang menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-19. Turut dikenali dengan gelaran ‘gadis tanah liat’, Nur Izzati yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Fizik Gunaan) berkata, perlu melalui sesi pembelajaran dalam talian akibat penularan Covid-19 pada tahun akhir pengajian diakuinya sangat mencabar.“Walaupun bidang pengajian ini bukanlah yang diidamkan kerana lebih meminati jurusan seni bina, namun saya tidak berputus asa dan terus menghabiskan empat tahun pengajian. “Pada tahun akhir memang agak sukar bagi saya dan rakan-rakan kerana pembelajaran dijalankan secara dalam talian, namun Alhamdulillah saya kini telah menamatkan pengajian dan sudah mula bekerja dalam bidang amanah saham,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Item Type: Newspaper
Keywords: Fizik Gunaan
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Physics
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Feb 2022 23:58
Last Modified: 26 Feb 2022 23:58
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item