UniMAP komited usaha komersil projek penyelidikan teknologi

UniMAP komited usaha komersil projek penyelidikan teknologi. [Newspaper] (2021)



Abstract

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited dalam mengutamakan agenda penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan projek-projek penyelidikan yang dapat memberi manfaat kepada komuniti.Sehubungan itu, UniMAP menerusi Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik (FTKE) dan Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan (FSGM) menganjurkan 'Program Pemindahan Ilmu Peningkatan Pengetahuan Dalam Sistem Tenaga Solar Photovoltaic' Bersama Komuniti bagi 10 sekolah rendah di Perlis.Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP, Prof Ir Dr Rizalafande Che Ismail berkata, inisiatif 'Geran Dana Penyelidikan Komuniti' (COMPRES) itu memberi pendedahan kepada guru dan pelajar cara pemasangan sistem tenaga solar photovoltaic.Katanya, sistem tenaga solar photovoltaic (PV) itu adalah sejenis sistem penjana elektrik melalui tenaga boleh baharu."Melalui sistem solar PV ini, guru dan pelajar akan dapat membantu menjimatkan tenaga elektrik seterusnya mengurangkan kadar pencemaran karbon dioksida," katanya ketika Majlis Penyerahan 10 Set Kit Pengajaran Solar Pv Portable Bagi Geran Compress 9001-00609 di Makmal Teknologi Elektrik FTKE, UniMAP, baru-baru ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan (FSGM), Sistem tenaga solar photovoltaic, Sistem penjana elektrik
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology
By Subject > Applied Sciences > Physics
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 26 Feb 2022 23:59
Last Modified: 27 Feb 2022 00:53
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item