Pembangunan pesat punca banjir kilat di bandar

Pembangunan pesat punca banjir kilat di bandar. [Newspaper] (2021)



Abstract

Banyak kejadian banjir kilat berlaku tanpa sebarang amaran menyebabkan masyarakat terpaksa menanggung kerugian apabila tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka kerana ia terjadi dengan cepat. Pensyarah Pengurusan Persekitaran, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Madya Dr. Haryati Shafii berkata, sejak kebelakangan ini, trend kejadian banjir kilat terutamanya di kawasan bandar semakin menunjukkan peningkatan. Menurutnya, intensiti hujan yang tinggi, kawasan pembangunan padat, sistem saliran tidak diselenggara dengan baik serta masalah pencemaran longkang dan saliran dilihat menjadi penyumbang utama kepada masalah itu. “Kawasan bandar seperti Shah Alam, Selangor dan Batu Pahat, Johor merupakan antara contoh bandar yang telah mengalami fenomena banjir kilat yang teruk. “Kejadian banjir kilat biasanya dikaitkan dengan hujan lebat di kawasan bandar.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pengurusan alam sekitar, Sistem saliran, Pencemaran longkang
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Biology
By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 27 Feb 2022 23:22
Last Modified: 27 Feb 2022 23:22
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item