Lupus e-sisa secara lestari jaga alam. [Newspaper] (2021)
Abstract
SEJAK sekian lama, barangan elektrik dan elektronik menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia dengan memudahkan urusan harian. Begitupun, jika tidak diuruskan dengan baik apabila rosak, ia memberi kesan tidak baik kepada alam sekitar jika dibuang begitu sahaja. Pembuangan barangan elektrik dan elektronik dikenali sebagai e-sisa. Penghasilan barangan tersebut yang meningkat saban tahun sebenarnya menambah lagi e-sisa yang dibuang di seluruh dunia. Berdasarkan data daripada Kawalan E-Sisa Global 2020, sebanyak 53.6 juta tan metrik sisa peranti elektrik dan elektronik dihasilkan di seluruh dunia pada 2019. Menyedari hal itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS), agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air mengambil inisiatif menetapkan hari Sabtu terakhir setiap bulan sebagai Hari Pengumpulan E-Sisa.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | e-sisa, Jabatan Alam Sekitar (JAS, bahan toksik |
Taxonomy: | By Subject > Applied Sciences > Biology By Subject > Applied Sciences > Chemistry By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology |
Local Content Hub: | Subjects > Applied Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 26 Feb 2022 23:58 |
Last Modified: | 26 Feb 2022 23:58 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |