Lukisan mural sebagai wadah hebahan maklumat sejarah di bandar warisan Batu Gajah

Lukisan mural sebagai wadah hebahan maklumat sejarah di bandar warisan Batu Gajah. Kupas Seni, 10 (SI 2). pp. 80-92. ISSN 2289-4640 (2022)



Abstract

Seni lukis jalanan yang dikenali dengan lukisan mural biasanya terhasil bagi tujuan memperindah dinding di lorong-lorong kosong dan jalan awam. Lukisan mural pada dasarnya bertujuan untuk mengisi kekosongan serta memberi nilai tambah kepada estetik sekitar dan juga turut menjadi satu wadah hebahan maklumat mengenai sebuahsejarah dan penceritaan. Sebagai contoh lukisan mural di bandar Batu Gajah yang lokasinya merupakan sebuah kawasan terbuka dan dijadikan tempat letak kereta, dikelilingi bangunan-bangunan lama yang keadaan dindinya terlihat usang dan lusuh.Objektifkajian ini adalah untuk menvisualkanidea rekaan yang digunakan dalam menyampaikan maklumat sejarah penubuhan awal di bandar warisan Batu Gajah.Melihat keadaan generasi muda kini yang lebih cenderung ke arah aktiviti berunsur gadget yang bersifat elektronik dan mengurangi aktiviti luar yang bersifat fizikal. Sekaligusmengurangi pengetahuan mereka akan sejarah awal penubuhan bandar warisan tersebut. Kaedah kajian yang digunakan dalam penelitian ini adalah menggunakan kaedah kualitatif.Pengkaji memperoleh maklumat melalui kaedah primer data seperti temu bual dan pemerhatian serta menggunakan kaedah sekunder yang diperolehi dari sumber data seperti buku, jurnal, keratan akhbar, majalahdan laman sesawang.Hasil kajian menunjukan bahawa lukisan mural bukan hanya sekadar menjadi penghias dinding yang menutupi cacat cela semata, malahan ia juga merupakan salah satu media dalam penyebaran informasi sejarah pentadbiran bandar Batu Gajah.Lukisan mural ini diharap mampu menyampaikan maklumat sejarah tepat pada sasaran terutama generasi muda agar berkeupayaan untuk menilai lukisan mural serta menambah nilai secara estetik. Bukan itu sahaja, bahkan dapat meningkatkan daya tarikan masyarakat setempat dalam memanfaatkan sebaiknya fasiliti awam yang telah disediakan.

Item Type: Article
Keywords: Lukisan mural, Penyebaran informasi, Daerah Batu Gajah
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Munirah Mohd Izzan (KABS, Puncak Alam)
Date Deposited: 12 Sep 2022 08:54
Last Modified: 12 Sep 2022 08:54
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item