Relevansi pemikiran ekonomi Syeikh Daud Al-Fatani dengan kontrak pembiayaan Perbankan Islam

Relevansi pemikiran ekonomi Syeikh Daud Al-Fatani dengan kontrak pembiayaan Perbankan Islam. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 10 (1). ISSN 1823-075X (2014)



Abstract

Kitab Furu‘ al-Masa’il merupakan antara karya Syeikh Daud al-Fatani yang mengandungi hampir kesemua tajuk perbincangan utama dalam bidang fiqh termasuklah dalam fiqh al-mu‘amalat yang mempunyai kaitan langsung dengan bidang ekonomi dan kewangan sebagaimana difahami pada zaman sekarang. Untuk itu, penulisan ini akan mengenalpasti relevansi pemikiran ekonomi Syeikh Daud al-Fatani sebagaimana dihuraikan dalam bahagian mu‘amalat daripada kitab Furu‘ al-Masa’il, dengan amalan perbankan Islam Malaysia khusus untuk kontrak pembiayaan. Penulisan ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis relevansi. Pada asasnya, analisis relevansi ini bercirikan persamaan sepadan, iaitu dari sudut definisi konseptual dan operasional, dan dari sudut legitimasi atau/dan klasifikasi. Dapatan penulisan menunjukkan pemikiran ekonomi Syeikh Daud al-Fatani adalah relevan dengan amalan kontrak pembiayaan projek dalam perbankan Islam Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Perbankan Islam, Islamic economic thought, Financing contract
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 26 Aug 2025 06:58
Last Modified: 26 Aug 2025 06:58
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item