Kelestarian prinsip-prinsip Muamalat dalam Sistem Perbankan Islam di Malaysia: rangka kerja tadbir urus Syariah. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat. pp. 19-37. ISSN 2735-1270 (2018)
Abstract
Industri perbankan Islam sedang pesat berkembang dalam atmosfera persekitaran yang kian kompleks dan mencabar. Ciri utama sistem perbankan Islam terletak pada rangka kerja tadbir urus syariah bagi operasi dan perkhidmatan perniagaan perbankan Islam. Walau bagaimanapun, sistem tadbir urus syariah bukan suatu perkara yang baharu. Ia telah dibuktikan menyamai amalan hisbah dalam pentadbiran Islam silam. Dalam sistem perbankan Islam, pematuhan yang tegas terhadap prinsipprinsip muamalat dalam syariah amat dititikberatkan. Oleh itu, rangka kerja tadbir urus syariah yang kukuh serta mampan diperlukan bagi merealisasikan sistem perbankan Islam yang mantap dan stabil. Pelaksanaan tadbir urus syariah yang juga bertindak sebagai suatu teras dan sempadan yang membezakan antara perbankan Islam dengan konvensional. Oleh hal yang demikian, artikel ini menganalisis rangka kerja tadbir urus syariah dalam perbankan Islam di Malaysia yang merangkumi Majlis Penasihat Syariah sebagai autoriti syariah tertinggi jawatankuasa syariah, pengawasan syariah dan audit syariah di institusi-institusi perbankan Islam.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keywords: | Sistem perbankan Islam, Pengawasan dan pematuhan syariah, Majlis Penasihat Syariah |
| Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance |
| Local Content Hub: | Niche > Islamic Banking |
| Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
| Date Deposited: | 26 Aug 2025 07:10 |
| Last Modified: | 26 Aug 2025 07:10 |
| Related URLs: |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
