Penggunaan FinTech di kalangan institusi Perbankan Islam sebagai ejen kutipan Zakat menggunakan perkhidmatan Online Banking

Penggunaan FinTech di kalangan institusi Perbankan Islam sebagai ejen kutipan Zakat menggunakan perkhidmatan Online Banking. In: Islamic Banking, Accounting And Finance International Conference– The 9thiBAF 2020. (2020)



Abstract

Zakat merupakan alat kewangan sosial Islam terpenting dalam masyarakat Islam. Zakat berada di kedudukan ketiga di dalam rukun Islam. Ledakan teknologi telah mengubah sistem pengurusan kewangan dan juga cara hidup masyarakat sekarang. Institusi pengurusan zakat di Malaysia perlu memanfaatkan perkembangan teknologi terkini untuk memastikan kutipan zakat dapat ditingkatkan setiap tahun. Ini akan memberi impak positif kepada agihan zakat untuk asnaf yang layak. Kemunculan FinTech di Malaysia telah mengubah corak pengurusan kewangan secara atas talian. Masyarakat sekarang pula lebih suka kepada sesuatu alat atau mekanisma yang mampu menjimatkan masa, kos, tenaga dan keselamatan diri. Oleh itu kajian ini akan mengkaji peranan institusi perbankan Islam di Malaysia sebagai ejen kutipan zakat melalui pengunaan FinTech. Kajian ini memfokuskan penggunaan online banking (perbankan internet) yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam kepada para pelanggan yang ingin menunaikan kewajipan membayar zakat secara cepat dan pantas. Kajian ini menggunakan kaedah temubual dan kajian perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Hasil kajian mendapati tidak semua institusi perbankan Islam menawarkan kemudahan bayaran zakat secara online banking kepada pelanggan mereka. Ini sangat merugikan institusi zakat dan pihak bank Islam itu sendiri. Jesteru itu institusi zakat perlu meningkatkan kerjasama dengan institusi perbankan di Malaysia bagi mempastikan kutipan zakat dapat ditingkatkan ke tahap maksimum dengan penawaran bayaran zakat secara atas talian oleh pihak perbankan Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Perbankan Islam, Zakat, Fintech
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 27 Aug 2025 07:10
Last Modified: 27 Aug 2025 07:10
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item